hai...
sejak kebelakangan ini aku sering terfikir semua yang aku lakukan tak kena...
tak dapat nak puas kan hati aku sendiri...
malahan hati orang lain...
aku sering kali cuba tuk fikir apa sebab berlaku...
aku cuba cari apa yang silap...
aku cuba selami hati...
aku cuba muhasabah diri...
aku rasa aku dah temui jawapan...
sesuatu yang kita lakukan mestilah ada jiwanya kat situ...
dengan kata lain aku mestilah JATUH CINTA...
macam mana aku nak jatuh cinta sekarang andai aku tak kenal apa yang aku nak cintai...
macam mana aku nak kenal andai aku sendiri tak tahu dan tak pernah ambil tahu...
lalu aku cuba huraikan pada seorang rakan...
agar dapat dia bagi pandangan...
pandangan dia adalah:
kita yang menentukan hidup kita...
apa matlamat kita...
fikir apa yang kita alami hari ini tak sama dengan apa yang akan kita alami akan datang...
kita mesti cari apa yang kita nak dalam hidup kita...
kita yang akan menentu kita akan berjaya atau sebaliknya...
yang penting hidup ini mesti ada matlamat...
jadi bercerita pasal matlamat...
bagiku matlamat aku telah lama mati...
mati bersama impian aku yang seringkali terkubur...
begitu sedihkan pengakuan ini...
tapi hati jangan menolak kerana itulah hakikat...
jadi aku dah masuk tahap yang sangat parah ni...
aku tak tahu apa yang aku buat...
aku macam zombi...
tak ada jiwa...
aku meneruskan hari esok cuma tuk meneruskan hidup...
tak ada inisiatif tuk jadikan hidup lebih bermakna...
*parah dan sangat parah...
cuba bayangkan macam mana dengan hari esok andainya:
hari ini aku tak boleh hidup dengan sendirinya
-adakah aku pasti hari esok masih ada orang yang sudi memimpin aku???
hari ini aku tak tahu apa yang cari dalam hidupku
-adakah aku yakin aku akan temui apa yang aku cari dalam hidupku hari esok???
*jadi muhasabah lah diri...
berbalik kepada soalan asal...
aku tak temui matlamat aku...
-jadi tak salah andainya aku cuba cari matlamat itu..
impian aku dah lama terkubur...
-jadi tak salah andainya aku cuba tanam impian baru...
*tak salah dan memang tak akan salah...
jadi mulalah dari awal...
tanamkan apa yang aku nak dalam hidup aku...
kalau ikutkan hati sedih sampai sudah hidup tak akan gembira...
kalau ikutkan hati kecewa sampai sudah hidup tak akan bahgia...
kita yang mencorakkan hidup kita...
kita yang membina keyakinan diri kita...
kita yang menentukan jatuh bangun kita...
kita yang memilih sama ada ingin gembira dan bahagia...
___________________END__________________
No comments:
Post a Comment