Kita selalu 'bajet' kita HEBAT... Everything yang kita buat adalah HEBAT...
Kalau boleh semua benda kita nak bahas... Kalau boleh semua benda kita nak bidas balik... Kalau boleh semua benda kita nak tekakkan...
Memang tak salah kalau kita nak motivasikan hidup kita dengan 'KEHEBATAN' supaya kita dapat hidup dengan yakin dan dengan erti kata lain hidupkan kehidupan kita...
Tapi tak semua apa yang kita buat adalah HEBAT...
Kita tak pernah pun fikir:
Kadangkala mendengar itu lebih HEBAT daripada meluahkan...
Kadangkala diam daripada melawan cakap yang tua itu akan jadikan kita lebih HEBAT...
Kadangkala senyum dengan sesiapa yang bermasam muka dengan kita membuatkan kita jadi lebih HEBAT...
Kadangkala mengalah dengan yang lebih muda membuatkan kita jadi lebih HEBAT daripada berlagak kita adalah 'perfect'...
Kadangkala cuba memahami itu membuatkan kita lebih HEBAT daripada mengkritik...
Kadangkala bersabar dengan kesalahan membuatkan kita lebih HEBAT daripada menyalahkan...
Kadangkala memujuk itu lebih HEBAT daripada mendesak...
Kita memang tak pernah fikir dan kadangkala tak pernah cuba untuk fikir pun...
Walaupun meluahkan, melawan, bermasam muka, berlagak perfect, mengkritik, menyalahkan dan mendesak akan membuatkan semua orang akan cakap "Woi hebatnya beliau !!!" tapi bukan itu erti 'KEHEBATAN'...
Kita akan jadi lebih HEBAT dengan mendengar, diam, senyum, mengalah, memahami, bersabar dan memujuk akan membuatkan semua orang akan cakap "Saya SAYANG sama kamu !!!" dan itulah erti 'KEHEBATAN'...
p/s: So carilah erti 'KEHEBATAN' bersama keluarga kamu, sahabat handai kamu dan sesiapa sahaja yang ada di sekeliling kamu...;)