belajar daripada sesuatu:

belajar daripada sesuatu:
belajar daripada sesuatu:

Wednesday, October 27, 2010

AKU DAH TEMUI JAWAPAN

hai...
sejak kebelakangan ini aku sering terfikir semua yang aku lakukan tak kena...
tak dapat nak puas kan hati aku sendiri...
malahan hati orang lain...
aku sering kali cuba tuk fikir apa sebab berlaku...
aku cuba cari apa yang silap...
aku cuba selami hati...
aku cuba muhasabah diri...

aku rasa aku dah temui jawapan...
sesuatu yang kita lakukan mestilah ada jiwanya kat situ...
dengan kata lain aku mestilah JATUH CINTA...
macam mana aku nak jatuh cinta sekarang andai aku tak kenal apa yang aku nak cintai...
macam mana aku nak kenal andai aku sendiri tak tahu dan tak pernah ambil tahu...
lalu aku cuba huraikan pada seorang rakan...
agar dapat dia bagi pandangan...

pandangan dia adalah:
kita yang menentukan hidup kita...
apa matlamat kita...
fikir apa yang kita alami hari ini tak sama dengan apa yang akan kita alami akan datang...
kita mesti cari apa yang kita nak dalam hidup kita...
kita yang akan menentu kita akan berjaya atau sebaliknya...
yang penting hidup ini mesti ada matlamat...

jadi bercerita pasal matlamat...
bagiku matlamat aku telah lama mati...
mati bersama impian aku yang seringkali terkubur...
begitu sedihkan pengakuan ini...
tapi hati jangan menolak kerana itulah hakikat...
jadi aku dah masuk tahap yang sangat parah ni...
aku tak tahu apa yang aku buat...
aku macam zombi...
tak ada jiwa...
aku meneruskan hari esok cuma tuk meneruskan hidup...
tak ada inisiatif tuk jadikan hidup lebih bermakna...
*parah dan sangat parah...

cuba bayangkan macam mana dengan hari esok andainya:
hari ini aku tak boleh hidup dengan sendirinya
-adakah aku pasti hari esok masih ada orang yang sudi memimpin aku???
hari ini aku tak tahu apa yang cari dalam hidupku
-adakah aku yakin aku akan temui apa yang aku cari dalam hidupku hari esok???
*jadi muhasabah lah diri...

berbalik kepada soalan asal...
aku tak temui matlamat aku...
-jadi tak salah andainya aku cuba cari matlamat itu..
impian aku dah lama terkubur...
-jadi tak salah andainya aku cuba tanam impian baru...
*tak salah dan memang tak akan salah...

jadi mulalah dari awal...
tanamkan apa yang aku nak dalam hidup aku...
kalau ikutkan hati sedih sampai sudah hidup tak akan gembira...
kalau ikutkan hati kecewa sampai sudah hidup tak akan bahgia...
kita yang mencorakkan hidup kita...
kita yang membina keyakinan diri kita...
kita yang menentukan jatuh bangun kita...
kita yang memilih sama ada ingin gembira dan bahagia...

___________________END__________________


Saturday, October 23, 2010

TERIMA SEADANYA

* Selagi kita masih lagi memegang sesuatu tanggungjawab, selagi itulah kita mesti menanggung risikonya..

Monday, October 11, 2010

KAWAN AKU

Salam Sejahtera Ke Atas Kamu

Hari ini aku nak bercerita pasal seorang kawan (kwn).. 3 or 4 tahun lepas aku ada seorang kwn.. kwn yg aku syg.. kwn yg janji nak jadi kwn baik tuk aku.. kwn yg akan bercerita suka duka dgn aku.. aku gembira kerana itulah pertama kali dlm hidup ini, ada seseorang berjanji untuk aku..

Aku teringat suatu kata "kalau kita sayangkan seseorang, kita mesti lepaskan dia pergi".. Sama macam kita sayangkan seekor burung.. kita tak boleh terus kurung ia dlm sangkar bila kita dah mulai sayangi ia.. kita terpaksa biarkan ia terbang bebas cari kehidupan.. belajar tuk hidup dgn dunia luar... dan kalau ia masih sayangkan kita, ia akan pulang jua ke sangkar.. hidup di samping tuan..

Lalu aku lepaskan seorang kwn.. sebab aku sayangkan dia macam sayangkan burung.. aku tak kurung ia.. aku tak rantaii ia.. dan aku tak tinggal apa2 tanda untuk ingati aku.. aku biarkan dia pergi.. pergi kejar cita2nya..sepertimana aku lari kejarkan cita2 aku.. aku biarkan dia cari apa yang dia ingin dalam hidupnya.. sepertimana aku belajar mengutip sebanyak mungkin keinginan tuk hidupku... tapi dalam hatiku masih ada satu harapan.. yang seorang kwn akan kembali pulang...

Masa berlalu.. sampai satu tahap hati nak lepaskan harapan.. ingin lupakan tentang seorang kwn.. walaupun bukan senang.. dan seringkali kecundang..

Tapi tiba2 seorang kwn telah pulang.. pulang bawa pengalaman tuk kehidupan.. pulang tuk terus menjadi seorang kwn.. pulang dengan janji yg tak pernah dilupakan..

Aku terkadang terfikir.. mengerti akan anugerah dari tuhan.. untuk menghargai apa yg kurang.. untuk mengingati apa yg hilang..kerana hidup ini tiada kesempurnaan.. yg ada adalah  saling melengkapkan..

Aku menyayangi seorang KAWAN..